Saturday, November 7, 2015

Art Class

Puas Puas duk hasilkan karya dalam MysteryStudios104 House, Cik Ryu kerap kali juga keluar dari kepompong studio pergi mengajar kanak-kanak Ribena melukis di sebuah pusat seni swasta area selangor ni je.

Cik Ryu di minta mengajar kanak-kanak berumur 3 tahun hingga 10 tahun melukis mengikut tema tertentu. Kaedah mengajar murid melukis ini memerlukan kesabaran dan kemahiran mengolah karya mereka dengan pantas. Biasanya kelas berlangsung dalam 1 1/2 jam, Cik Ryu akan bercerita selama 15 minit tentang sesuatu tema pada minggu kelas tersebut , tujuan untuk pengamatan dan pemahaman sejauh mana murid tersebut mampu berfikir dan berimaginasi serta mengolah idea tentang tema. Kemudiannya Cik Ryu akan memberikan kertas dan meminta murid melukis apa idea mereka.


Cik Ryu akan menerapkan skill dan kaedah teori cara melukis seperti campuran warna, teknik line art, mix media dan bermacam cara lagi (kesusaian mengikut level murid). Ini untuk memberikan murid pengalaman dalam berkarya menggunakan pelbagai teknik yang baru di pelajarinya.



Setelah selesai Cik Ryu akan membuat perbentangan terhadap hasil karya murid, Cik Ryu tidak mengutuk atau menyatakan artwork mereka salah atau buruk. Tiada istilah salah atau buruk dalam seni lukis kanak-kanak. Perbentangan karya mereka Cik Ryu meminta murid tersebut bercerita apakah imaginasinya yang telah dilukis di kertas tentang idea tema tersebut.










Dengan itu seni menjadi sesuatu yang bermakna bagi mereka kerana punyai cerita tersendiri, mungkin para ibubapa rasa ia membazir atau kosong tentang sebuah contengan dari anak-anak mereka. Cuba tanya apakah maksud contengan/lukisan mereka? 

ni Cik Ryu lukis, main hentam je.


Saje , Cik Ryu bujang lagi...Jiwa je seni


sekian,

Cik Ryu



Ilustrasi Hitam Putih 24jam

Cik Ryu banyak menerima tempahan Ilustrasi & gambarajah black and white daripada Editor publisher tempatan untuk buku-buku aktiviti subjek matapelajaran tertentu.

antara bentuk ilustrasi:-

- A4 atau 1/2 sizeA4 bentuk situasi
- A4 (dibahagi maksimun 6 item) Harga per item
- gambarajah untuk subject Matematik/Agama/BM/BI
- Ai drawing untuk subject Sains
- graph


Mohon sediakan artwork brief lengkap bersama expected due date (bergantung masa pelukis juga) dan spesifikasi lukisan cth artwork untuk buku aktiviti tahun 1. @ untuk tingkatan. Ini supaya Cik Ryu boleh klasifikasikan lakaran mengikut kesesuaian umur pembaca/pelajar. Mengikut standard lebih kurang la.

Untuk FLASH Drawing bagi ARTWORK URGENT

Available respond  on Weekday 10 PM onwards ( anda akan menerima aw anda sebelum 12pm keesokkan harinya)

- Khas utk aw black n white sahaja
- Attach dengan artwork brief lengkap
- Ada extra caj untuk Harga Flash Draw

Berminat - direct email : mysterystudios104@gmail.com


 1: Contoh Situasi ; Aw untuk Tahun 3 : 1/2 A4Size

2. Contoh Situasi : Pemandangan Geografi 1/4 A4 Size

3. Contoh Situasi : Haiwan : Sains : 1/2 A4size

4. Single item : Hand Drawing


5. Ai Drawing : Single Item






Sekian,

Cik Ryu.

Traditional Style Digital Artwork

Ilustrasi karya Mysterystudios104 House adalah lebih pada style tradisi. Cik Ryu lagi suka melakar dahulu on paper secara freehand - buat binaan struktur dan olah posisi dengan pensil 2b kemudian inking outline dan barula padam seterusnya scan.

Selepas scan barula Cik Ryu polish balik line drawing yang terketar2, tersasar biasalah tangan ni parkinson...hahahaha semua kerja polish di buat melalui Ai. Rasa nya lagi mudah buat outline drawing use Ai. Terpulang...ini cara Cik Ryu belajar masa 5 tahun lepas - dah tua kot aku. Sekarang dunia da berbeza, anda semua hanya perlu sesuatu di hujung jari sahaja. tengok tutorial ada, online study ada macam2 lagi.

Kalau zaman Cik Ryu nak online pun susah, pegi ke kelas jumpa lecture , cikgu tanya mintak komen artwork. pastu belajar hands on luangkan masa lapang pergi lepak di muzium belajar lukis satu-satu sampai boleh (orang lain perdi dating sob2..). ada pun Cik Ryu nak tahu sangat cara-cara lukis artwork digital, Cik Ryu direct dengan artist (cuba cari peluang contact atau join event time show artist tu(bkn penyanyi dan jumpa personal) tersebut cakap nak belajar cara.Cik Ryu nek bus je pun g cari artist tu...kalo pi muzium di bandar tu Cik Ryu mintak izin mak nak nek motor curi masuk bandar sebab masa tu xde lesen lagi. Begini begitu la onak duri demikiannya cara Cik Ryu belajar.

Lepas polish line drawing Cik Ryu terus masuk PSD buat coloring - make by layerla nak selamat. So try error la untuk shadding and efek warna , tak try tak tahu kan?  So Cik Ryu fokus lebih suka buat simple khas untuk komersial asal dapat jual rm10 dalam 1 , 2 keping ok la tu. So MysteryStudios104 House lebih mementingkan penghasilan artwork yang boleh di pasarkan untuk target tujuan sebagai media bacaan umum yang tidak terlalu high kos sangat. Cik Ryu rasa begitula,,, Mungkin lain pandangan lain pula carakan. 
Well......Jom Seni.

 1. Sketches asal : outline - Pensil & Drawing pen 0.3,0.5,0.8 - 1 Hours ; B4 size


2. Full Color PSD format : 2 Hours


sekian,

Cik Ryu

Travel To See Art At Bali Indonesia 2015

Hello , Cik Ryu nak share pula tentang kembara melihat seni kali ini di Bali Indonesia yang telahpun di jejaki February lalu. Bali ini terkenal dengan pantainya yang menjadi tarikan mat salleh untuk sport water katanya kerana ombaknya bagus... Bagi orang asia cam Cik Ryu ini boleh katanya Bali ni panas- hangus muka adelah...hahahha

Bali mempunyai 1 tempat di kenali sebagai Ubud - disini terdapat sebuah pekan yng digelar Ubud Art Market dimana sepanjang jalan Cik Ryu merempit kesemua hanyalah kedai kraftangan seni - pelbagai jenis dan pattern style art disini anda boleh temui. Dari Painting, sculpture, woodcraft, marble, batik dan banyak lagi.

Haa...transport lokal bali ni senang sahaja - sewa motor ada dimana-mana...Just Rent n Ride. Lets Go....!!

1. Culture dan Agama adalah satu pengaruh yang berkait rapat dalam kehidupan kita begitu juga orang di Bali ratanya beragama Hindu dan pengaruh seni budaya mereka adalah aktivti kepercayaan agama mereka iaitu menyembah & memuja dewa-dewi tuhan mereka. Secara generalnya Cik Ryu mengamati rata-rata orang Bali ini memiliki bakat mengukir yang sangat halus dan kreatif. Lihat sahaja patung-patung ukiran semua di jual adalah handmade oleh orang tempatan itu sendiri.

2. Sekiranya anda melewati setiap perjalanan menikmati pemandang akan ada setiap rumah tepian itu pasti ada tugu-tugu patung ukiran bahkan tersergam besarnya patung ukiran yang cukup details karyanya.Cik Ryu layan naik motor di Bali sambil merasai angin bayu pantai di persekitaran jalan ke Ubud Bali.




3. Nah singgahla di Pekan Ubud Bali,tumpang parking berbayar ye.Datang la Bali Art Market disini anda boleh membeli belah macam2
jenis kraftangan, nak painting punada. Painting di bali ini lebih kepada style figure olahan motif jawa dengan permainan warna yang panas-panas. ia sungguh cantik.









4. Di sepanjang perjalanan dalam pekan ini ada masanya sesak di bahagian dalam bangunan- jadi pastikan andamenawar harga sebelum beli, memangmurah tapi anda boleh dapat lagi murah sebenarnya.








5. Oppss 18sx above...errr
pejam mata jela.













Jika berkesempatan (tapi bagi Cik Ryu mesti kena sempat ) jemput datang ke Museum Pasifika Di Nusa 2, Bali, actually banyak muzium art untuk di terokai dan dikaji tapi kita pergi yng mana sempat la ya. Tema kembara Cik Ryu kan tentang seni aja.hahahaha sorry. Untuk para artist sesuaila untuk membuat kajian dan pengamatan seni - ada banyak koleksi artwork untuk di jadikan rujukan. Museum ini mengisahkan lukisan asal-usul org bali juga. ermmm jangan pandang lama-lama pada gambar di bawah ye. Tapi jika di pandang dengan mata hati yang matang anda pasti mengetahui dan memahami sejarah tempatan Bali. Haa...Nak tahu? Beli tiket poei Bali nuh!


 6. Pemandangan dalam muzium penuh artwork painting & bahan artifak bukti kewujudan & simbol kebudayaan mereka.

7. Kebanyakannya patung2 di ukir dan dilukis bagi tujuan upacara tertentu berpakaian meriah sepert menari untuk pemujaan. 


Okay la kan...da penat-penat berjalan tengok sambil befikir akan kejadian alam, asal-usul tamadun dan pembudayaan manusia yang pelbagai unik semuanya dari Ciptaan Yang Maha Kuasa. Kita harus bersyukur atas rezeki menikmati hidup di Bumi Allah ini.

Cik Ryu singgah Jimbaran ready untuk dinner...Ermm...Bestnya layan angin.


Sekian,

Cik Ryu

Travel To Museum Art : Da Nang Viet 2014

Sebagai seorang penggemar melukis dan meminati dunia seni, mengembara adalah salah satu gaya hidup Cik Ryu, apabila mempunyai masa terluang pasti akan keluar mengembara mencari inspirasi.

Fokus Cik Ryu adalah melihat kebudayaan hidup orang asing di luar negara dan melihat kesenian seni halus mereka. Biasanya Cik Ryu mengembara konsep backpacker je bukanlah bermewah-mewah sangat. Cukupla mengembara melihat tempat-tempat yang menarik.

Berkongsi melawat Museum Art: Di Da-Nang Vietnam 2014

Untuk mencari inpirasi kraftangan yang unik boleh terokai sebuah penempatan bernama Hoi-An, di kawasan ini merupakan kawasan bebas kenderaan bermotor dan hanya dibenarkan basikal sahaja. Berjalanlan Cik Ryu merentasi kawasan Hoi An ini melihat banyak aktiviti yang melambangkan budaya masyarakat Da-Nang yang penuh seni tersendiri.
 1. Basikal : pengangkutan utama orang tempatan di kawasan Hoi-An , adapun di kota luar kawasan Hoi-An menaiki motor hanya kelajuan paling laju 40kmh je..


 2. Jangan lupa singgah Museum Da-Nang - nanti dia bagi peta free senang di jadikan guide untuk ke destinasi yang anda tuju, Cik Ryu sedang meliihat peta lama.



3. Le Ba Dang Art Foundation satu-satunya mesuem fine art yang menampilkan karya Le Ba Dang menggunakan kepelbagaian teknik dari segi printmaking, scuplture dan painting. Bagi student boleh la buat kajian tentang penggunaan media artist ini bagi saya sangat menarik.Sila rujuk website: http://www.lebadang.org/ utk lebih terperinci. Cik Ryu tidak mengambil gambar artwork bagi menghormati keterpeliharaan karya beliau.


 4. Sepanjang perjalanan dalam kawasan pekan Hoi An - lihat sahaja hasil ukiran wajah manusia diatas akar kayu? ermmm tak sure...fikirkan...


 5. Paper craft atau pop up card cukup unik membentuk icon icon ciri budaya Vietnam. Ape kata buat icon Malaysia pula dan jual. Pasti menarik...camni la cara kita cari idea...! 3 Dolar tau satu tu.


 6. Tanglung dijual disini sangatlah murah dan Cik Ryu beli satu yang kecik just utk kenangan peribadi. Mereka kreatif dalam menghasilkan tanglung ini.


 7. Satu lagi yang paling menarik -karya seni sulaman ( boleh kata melukis tapi dengan cara menyulam). Karya di sulam menjadi sebuah gambaran/pemandangan dan artwork ini pasti mengambil masa yang lama dengan meneliti kehalusan, susunan warna dan kekemasan. Terpegun seketika Cik Ryu melihat atwork mereka cukup tekun. Biasa sulam tengok di pakaian kan? ni sulam lukisan ! Sungguh menarik.


8. Produk tanah liat diolah ukir menjadi bentuk pelbagai untuk dijual sebagai kraftangan. Ini masih dalam progress melihat cara mereka mengeringkan tanah liat yang sudah di bentuk kemudian akan di catkan.


Cik Ryu suke berjalan tengok-tengok je...pandangan Cik Ryu adalah tentang seni... Nanti Cik Ryu Cerita lagi ya..

Sekian,

Cik Ryu


Hobi Waktu Lapang di MysteryStudios104

Bosan kekadang di hujung minggu jikalau tiada kelas art, Cik Ryu akan berkabung dalam MysteryStudios104 House sehinggalah keluar berbagai karya sahaja untuk menajamkan skill yang tidak berapa hebat mana.

Untungnya berbakat anugerah Allah swt ini membuka pintu rezeki Cik Ryu secara kecil-kecilan mencari duit poket untuk tampung perbelanjaan Cik Ryu merempat di Kota Metropolitan ini . Iyelah semua barang serba mahal, nilai mata wang kalo RM10 pada zaman sekarang dapat beli apalah sangat.

Saja berkongsi hobby, Cik Ryu biasanya melukis dan memasak.

 Kertas recyle kecik pun Cik Ryu sapu buat lukis kartun

 Ade pen merah pen biru pen hitam pen hijau marker highlighter boleh buat art teraphy trend sekarang aldut coloring kan. Nah hilang bosan

 Melancong kat Bali pastu bosan-bosan amik photo sahaja buat sketches praktis. 

 Lagi artwork pakai segala mak nenek pen atas meja. orang buat menulis kite pi lukis color hahaha...

Selain itu, Cik Ryu ada hobi memasak cara orang bujang, haaa ini favourite Cik Ryu iaitu makan Sup Kaki Ayam. suka sangat mengepah kaki ayam ni. Tetiba semua artikel tentang art tapi tersesat 1 tentang makan hahaha...dah itu je hobby Cik Ryu. Nanti entry lain Cik Ryu share pasal travel pula ya. Layan la makan sup kaki ayam.

A ; sup kaki ayam step by step simple - 20min ready makan

Sekian,

Cik Ryu




Ilustration Children TextBooks or StoryBooks

Lagi tentang MysteryStudios104 House adalah berpengalaman dalam bidang menghasilkan illustrasi berstandard buku pelajaran peringkat tempatan. contoh seperti buku text sekolah rendah dan buku buku lembaran aktiviti pelajar.

Lakaran style adalah mengikut citarasa - normalnya Cik Ryu hanya pada style Kanak-kanak sahaja bersesuaian umur 3tahun - 9 tahun. Terpulang pada permintaan customer...ada yang nak real sgt Cik Ryu tak dapat tolong.Huhuhu

Kebiasanyaan Cik Ryu memenuhi kehendak para Editor tempatan dalam menyiapkan ilustrasi pelbagai subjek pelajaran tujuan penerbitan buku di syarikat mereka mengikut masa-masa tertentu dengan kriteria berikut :-

A) Gambarajah disediakan dalam format : Ai & Tiff / BlackWhite & Color 4c@2c / A4 & A3 above
-melakar/menggambarkan gambarajah berupa scenery/situasi/backgrund,
-melukis gamabarajah sains/situasi/eksperimen (Ai format)




B) Gambarajah Single
- Tanpa latar belakang cth spt alatan atau buah buahan dsbg

 



C) Cover Buku
-Ilustrasi mengikut size buku/lay out dan karakter design buku teks/Buku cerita kanak-kanak dan buku aktiviti


Hmm.. Jika memerlukan bantuan/khidmat MysteryStudios104 House, Mohon hubungi Cik Ryu email sahaja: mysterystudios104@gmail.com untuk harga promosi.
Hehe

Sekian,

Cik Ryu





Freelance Illustration Artist (anime/comic style)

Selain menghasilkan Karya Seni Catan, Mysterystudios104 House juga menghasilkan karya bergenre Komik
style anime dan freestyle seperti komik strip , komik ringan khas untuk terbitan majalah ataupun poster- poster sampingan. Style Cik Ryu lebih kepada kanak-kanak and colorful. Ikut selera masing-masing.

Caj di kenakan  mengikut :-
1) Black/white atau Color (4color)
2) Hand-drawing atau Digital Drawing (Ai format)
3) Per Page and Size

Biasanya pelanggan akan beri expected due date(deal dgn masa pelukis available) dan jika ada URGENT artwork akan dikenakan extra caj.

Sample hasil karya & praktis Cik Ryu :

 A. Poster for pamplet : A3 size ; 2 days

B.  Hobby : Characters study : 1 day only

 C. Kids theme n food : Character study : 1 day


 D. Hobby: Scenery & Situation Comic Study : 1 Day




E. sample icon characters study and comic cover page for novel graphics or story books.













Some sample : Characters Study Artwork 


Sekian, Cik Ryu