Saturday, November 7, 2015

Art Class

Puas Puas duk hasilkan karya dalam MysteryStudios104 House, Cik Ryu kerap kali juga keluar dari kepompong studio pergi mengajar kanak-kanak Ribena melukis di sebuah pusat seni swasta area selangor ni je.

Cik Ryu di minta mengajar kanak-kanak berumur 3 tahun hingga 10 tahun melukis mengikut tema tertentu. Kaedah mengajar murid melukis ini memerlukan kesabaran dan kemahiran mengolah karya mereka dengan pantas. Biasanya kelas berlangsung dalam 1 1/2 jam, Cik Ryu akan bercerita selama 15 minit tentang sesuatu tema pada minggu kelas tersebut , tujuan untuk pengamatan dan pemahaman sejauh mana murid tersebut mampu berfikir dan berimaginasi serta mengolah idea tentang tema. Kemudiannya Cik Ryu akan memberikan kertas dan meminta murid melukis apa idea mereka.


Cik Ryu akan menerapkan skill dan kaedah teori cara melukis seperti campuran warna, teknik line art, mix media dan bermacam cara lagi (kesusaian mengikut level murid). Ini untuk memberikan murid pengalaman dalam berkarya menggunakan pelbagai teknik yang baru di pelajarinya.



Setelah selesai Cik Ryu akan membuat perbentangan terhadap hasil karya murid, Cik Ryu tidak mengutuk atau menyatakan artwork mereka salah atau buruk. Tiada istilah salah atau buruk dalam seni lukis kanak-kanak. Perbentangan karya mereka Cik Ryu meminta murid tersebut bercerita apakah imaginasinya yang telah dilukis di kertas tentang idea tema tersebut.










Dengan itu seni menjadi sesuatu yang bermakna bagi mereka kerana punyai cerita tersendiri, mungkin para ibubapa rasa ia membazir atau kosong tentang sebuah contengan dari anak-anak mereka. Cuba tanya apakah maksud contengan/lukisan mereka? 

ni Cik Ryu lukis, main hentam je.


Saje , Cik Ryu bujang lagi...Jiwa je seni


sekian,

Cik Ryu



No comments:

Post a Comment