Saturday, November 7, 2015

Travel To Museum Art : Da Nang Viet 2014

Sebagai seorang penggemar melukis dan meminati dunia seni, mengembara adalah salah satu gaya hidup Cik Ryu, apabila mempunyai masa terluang pasti akan keluar mengembara mencari inspirasi.

Fokus Cik Ryu adalah melihat kebudayaan hidup orang asing di luar negara dan melihat kesenian seni halus mereka. Biasanya Cik Ryu mengembara konsep backpacker je bukanlah bermewah-mewah sangat. Cukupla mengembara melihat tempat-tempat yang menarik.

Berkongsi melawat Museum Art: Di Da-Nang Vietnam 2014

Untuk mencari inpirasi kraftangan yang unik boleh terokai sebuah penempatan bernama Hoi-An, di kawasan ini merupakan kawasan bebas kenderaan bermotor dan hanya dibenarkan basikal sahaja. Berjalanlan Cik Ryu merentasi kawasan Hoi An ini melihat banyak aktiviti yang melambangkan budaya masyarakat Da-Nang yang penuh seni tersendiri.
 1. Basikal : pengangkutan utama orang tempatan di kawasan Hoi-An , adapun di kota luar kawasan Hoi-An menaiki motor hanya kelajuan paling laju 40kmh je..


 2. Jangan lupa singgah Museum Da-Nang - nanti dia bagi peta free senang di jadikan guide untuk ke destinasi yang anda tuju, Cik Ryu sedang meliihat peta lama.



3. Le Ba Dang Art Foundation satu-satunya mesuem fine art yang menampilkan karya Le Ba Dang menggunakan kepelbagaian teknik dari segi printmaking, scuplture dan painting. Bagi student boleh la buat kajian tentang penggunaan media artist ini bagi saya sangat menarik.Sila rujuk website: http://www.lebadang.org/ utk lebih terperinci. Cik Ryu tidak mengambil gambar artwork bagi menghormati keterpeliharaan karya beliau.


 4. Sepanjang perjalanan dalam kawasan pekan Hoi An - lihat sahaja hasil ukiran wajah manusia diatas akar kayu? ermmm tak sure...fikirkan...


 5. Paper craft atau pop up card cukup unik membentuk icon icon ciri budaya Vietnam. Ape kata buat icon Malaysia pula dan jual. Pasti menarik...camni la cara kita cari idea...! 3 Dolar tau satu tu.


 6. Tanglung dijual disini sangatlah murah dan Cik Ryu beli satu yang kecik just utk kenangan peribadi. Mereka kreatif dalam menghasilkan tanglung ini.


 7. Satu lagi yang paling menarik -karya seni sulaman ( boleh kata melukis tapi dengan cara menyulam). Karya di sulam menjadi sebuah gambaran/pemandangan dan artwork ini pasti mengambil masa yang lama dengan meneliti kehalusan, susunan warna dan kekemasan. Terpegun seketika Cik Ryu melihat atwork mereka cukup tekun. Biasa sulam tengok di pakaian kan? ni sulam lukisan ! Sungguh menarik.


8. Produk tanah liat diolah ukir menjadi bentuk pelbagai untuk dijual sebagai kraftangan. Ini masih dalam progress melihat cara mereka mengeringkan tanah liat yang sudah di bentuk kemudian akan di catkan.


Cik Ryu suke berjalan tengok-tengok je...pandangan Cik Ryu adalah tentang seni... Nanti Cik Ryu Cerita lagi ya..

Sekian,

Cik Ryu


No comments:

Post a Comment