Saturday, November 7, 2015

Ilustration Children TextBooks or StoryBooks

Lagi tentang MysteryStudios104 House adalah berpengalaman dalam bidang menghasilkan illustrasi berstandard buku pelajaran peringkat tempatan. contoh seperti buku text sekolah rendah dan buku buku lembaran aktiviti pelajar.

Lakaran style adalah mengikut citarasa - normalnya Cik Ryu hanya pada style Kanak-kanak sahaja bersesuaian umur 3tahun - 9 tahun. Terpulang pada permintaan customer...ada yang nak real sgt Cik Ryu tak dapat tolong.Huhuhu

Kebiasanyaan Cik Ryu memenuhi kehendak para Editor tempatan dalam menyiapkan ilustrasi pelbagai subjek pelajaran tujuan penerbitan buku di syarikat mereka mengikut masa-masa tertentu dengan kriteria berikut :-

A) Gambarajah disediakan dalam format : Ai & Tiff / BlackWhite & Color 4c@2c / A4 & A3 above
-melakar/menggambarkan gambarajah berupa scenery/situasi/backgrund,
-melukis gamabarajah sains/situasi/eksperimen (Ai format)




B) Gambarajah Single
- Tanpa latar belakang cth spt alatan atau buah buahan dsbg

 



C) Cover Buku
-Ilustrasi mengikut size buku/lay out dan karakter design buku teks/Buku cerita kanak-kanak dan buku aktiviti


Hmm.. Jika memerlukan bantuan/khidmat MysteryStudios104 House, Mohon hubungi Cik Ryu email sahaja: mysterystudios104@gmail.com untuk harga promosi.
Hehe

Sekian,

Cik Ryu





Freelance Illustration Artist (anime/comic style)

Selain menghasilkan Karya Seni Catan, Mysterystudios104 House juga menghasilkan karya bergenre Komik
style anime dan freestyle seperti komik strip , komik ringan khas untuk terbitan majalah ataupun poster- poster sampingan. Style Cik Ryu lebih kepada kanak-kanak and colorful. Ikut selera masing-masing.

Caj di kenakan  mengikut :-
1) Black/white atau Color (4color)
2) Hand-drawing atau Digital Drawing (Ai format)
3) Per Page and Size

Biasanya pelanggan akan beri expected due date(deal dgn masa pelukis available) dan jika ada URGENT artwork akan dikenakan extra caj.

Sample hasil karya & praktis Cik Ryu :

 A. Poster for pamplet : A3 size ; 2 days

B.  Hobby : Characters study : 1 day only

 C. Kids theme n food : Character study : 1 day


 D. Hobby: Scenery & Situation Comic Study : 1 Day




E. sample icon characters study and comic cover page for novel graphics or story books.













Some sample : Characters Study Artwork 


Sekian, Cik Ryu

Old Master Painting - Mix Media


Artwork Master yang paling Cik Ryu sayang tetapi malangnya di curi ketika tinggal di Studio. Yang tinggal hanyalah sekeping gambar kenangan. 

Cik Ryu  mengunakan teknik mix media atas kanvas iaitu campuran Acrylic dan oil pastel serta kapur untuk hasilkan effek 3d timbul bagi karya nampak lebih "lazat" , bersesuaian dengan tema.


A. Karya Makanan Tempatan : saiz 4ft x 4 ft : mix media : 6 week

Ada pun satu lagi jenis style landskap, Cik Ryu suka landskap dan still life sahaja, Cik Ryu tidak pandai lukis figure dan potrait. Artwork ini pun di rembat ketika Cik Ryu demam - terpaksa tinggalkan studio beberapa hari. Kenapa curi? Cantik sangat ke?? Huhu..Penat Cik Ryu buat.


B. Karya Landskap : Saiz 3.5 ft x 3 ft : Oil Paint : 4 week

Kepada sesapa especially new student yang rasa nak tahu teknik2 dan cara boleh la hubungi Cik Ryu melalui email : mysterystudios104@gmail.com - Cik Ryu sudi ajarkan teknik secara text maya sahaja. Boleh jika mahu class hands-on personally tp kena set date dahulu sebab Cik Ryu buzy ajar budak kecik melukis.

Sekian,

Cik Ryu

Painting and Hand-Drawing Services

MysteryStudios104 House menghasilkan karya-karya seni seperti catan atas kanvas -bertemakan landskap dan budaya ( lebih kepada realism dan semi-realism )

Karya lukisan biasanya dijual untuk wall hanging bagi pihak hotel/resort tujuan tarikan pelancong dan koleksi ataupun bahan pameran.

Cik Ryu menerima tempahan mengikut saiz lukisan dan permintaan pelanggan dan harga setiap karya merujuk kepada pengunaan media dan saiz serta kerja halus pelukis.
sedia menyediakan karya :-

1- Oilpaint/acrylic/watercolor painting on canvas/paper
2- mengikut saiz (tanpa frame)
3- mengikut tema- tema ( landskap & culture & freestyle)
4- harus mengikut date line
5- Harga boleh runding mengikut kadar kadar tertentu

Hubungi Cik Ryu di email : mysterystudios104@gmail.com

Antara contoh karya terjual:

A. Oil-painting artwork - 4 week to finish ; size 2 ft & 3 ft


 B. Oil Painting Artworks - Culture theme ; size 2ft ; 3 weeks

C.Acrylic on Paper A4 size - Realism Animal : 2 Weeks


 D. Hand drawing 2B-8B pencil : A3 Size : 1 Week


E. Acrylic Painting ; 1 ft x 1ft : 1 Week


ada juga beberapa hasil karya hasil dari pertandingan menjadi koleksi penganjur dan muzium . Ini adalah sebahagian contoh untuk di jadikan rujukan. Sedia menerima tempahan atau kerjasama untuk melibatkan sebarang pameran .


Welcome @ MysteryStudios104 House

Assalamualaikum and hi everyone,

Selamat datang ke blog baru MysteryStudios104 House - Ini adalah blog personal yang di kendalikan oleh Cik Ryu khas untuk memaparkan hasil karya seni yang serba simple dan juga pengalaman-pengalaman travel mencari idea untuk dikongsikan bersama. Jika di beri kesempatan InsyaAllah Cik Ryu akan berkongsikan juga tips-tips yang berguna untuk pengetahuan kalian bersama.




Tentang Cik Ryu merupakan seorang freelance dalam bidang seni iaitu melukis kartun. Cik Ryu bekerja sebagai guru seni di pusat seni kanak-kanak di Selangor. Hobi Cik Ryu adalah melukis dan melancong serta memasak termasuk makan tanpa henti hahaha...Rasa ingin beramah mesra dan menempah karya dengan Cik Ryu , boleh la hubungi melalui email : mysterystudios104@gmail.com

Salam perkenalan dari Cik Ryu @ MysteryStudios104 House !!